“Kami penat.. panas…”luahan petugas KKM

KUALA LUMPUR- “Kalau rasa tak kesian kat kami… kesian kat (pada) diri sendiri dan family korang” luah seoarang petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Facebook.

Status ditulis petugas kesihatan yang menggunakan akaun Facebook, Kenari Suchie itu menerima lebih 3,000 tanda suka dan lebih 200 komen positif daripada netizen.

Tulisan petugas KKM itu merujuk kepada sikap acuh tidak acuh sebilangan rakyat Malaysia yang masih ingkar kepada arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menulis lanjut, Kenari Suchie memohon rakyat Malaysia mematuhi peraturan demi kebaikan bersama.

“COVID-19 akan putus dari rantaian penyebaaran..korang sabar la dok umah diam diam 14 hari.

Kenari Suchie berkongsi gambar petugas KKM di Facebook

“Lepas tu.. negara dah ok.. G (pergi) la bercuti..bagi kami pulak rehat. Kami penat. Panas, tapi kami tetap senyum,”katanya kelmarin.

Hari ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan, khidmat tentera akan mula digerakkan mulai Ahad ini bagi membantu polis memantau PKP.

Pada 18 Mac, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi Perutusan Khas turut merayu kepada rakyat Malaysia supaya kekal berada di rumah dan mematuhi arahan pihak berkuasa.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.