Purdah ganti topeng muka hindari COVID-19

Nor Fadhilah memakai salah satu purdah keluaran By Humayyra

KUPANG– Permintaan terhadap purdah oleh wanita Muslim meningkat ekoran kesukaran mendapatkan topeng muka di pasaran.

Pengurus syarikat pengeluar niqab By Humayyra, Nor Fadhilah Omar berkata, purdah dijadikan pelindung alternatif daripada serangan COVID-19.

Menurutnya, pemakaian purdah bukan perkara baru, sebalik telah lama diamalkan oleh sebahagian besar kaum Muslimah.

“Tetapi sejak COVID-19 semakin menular, permintaan terhadap purdah keluaran By Humayyra juga alhamdulillah meningkat berbanding kebiasaannya.

Permintaan purdah keluaran By Humayyra meningkat

“Ramai wanita membeli purdah bagi menggantikan topeng muka yang kehabisan di pasaran. Kebanyakan wanita yang membeli belum pernah memakai purdah,”katanya ketika ditemui di premis By Humayyra, semalam.

Nor Fadhilah bersama suami, Mohd Zaid dan anak-anak

Tambahnya, kebanyakan pelanggannya membeli secara borong.

Beliau berkata, sudah tiba masanya untuk lebih ramai kaum wanita membiasakan diri memakai purdah.

Pemakaian purdah telah lama diamalkan kaum Muslimah

“Insha ALLAH, bukan sahaja COVID-19 dapat elak bahkan banyak penyakit berjangkit lain dapat dielak.

“Paling penting purdah memelihara kita daripada pandangan nafsu lelaki,”katanya.

Nor Fadhilah memakai salah satu purdah keluaran By Humayyra

Nor Fadhilah berkata, purdah By Humayyra yang telah masuk tahun keempat pengeluarannya mempunyai pelbagai fesyen dan warna.

Antara fesyen purdah By Humayyra

Menurutnya, ia dihasilkan menggunakan kain yang amat selesa dan kualiti.

Pelbagai pilihan menanti pelanggan

Katanya, harga untuk sehelai produk Muslimah itu boleh didapati dengan harga serendah RM5 dan ke atas.

Purdah By Humayyra menjadi pilihan pengganti kepada topeng muka

“Tak perlu malu-malu pakai purdah. Insya ALLAH ia lebih selamat dan jimat. Purdah boleh dibasuh dan mudah kering.

“Purdah keluaran By Humayyra menggunakan material chiffon yang berkualiti, lembut dan tidak panas . Pemakainya mudah untuk bernafas,”katanya.

Harga runcit ditawarkan By Humayyra kepada pelanggan

Katanya lagi, pelanggan juga boleh menempah purdah mengikut cita rasa mereka.

Orang ramai yang berminat membeli purdah keluaran By Humayyra boleh menghubungi Fadhilah di talian 01157331409.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.