Elak COVID-19, Najib cadang larangan rentas negeri di Semenanjung

Najib Razak menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum ini

KUALA LUMPUR-Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan larangan rentas negeri di seluruh Semenanjung.

Beliau memberikan cadangan itu selepas kenaikan jumlah positif COVID-19 di Semenanjung yang mencecah 432 kes baru, hari ini.

“Mungkin juga ada keperluan untuk melaksanakan larangan rentas negeri di semenanjung Malaysia sekurang-kurangnya 14 hari untuk mencegah penularan antara negeri,”katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Beliau berkata, Kedah, Sabah dan Selangor menunjukkan kenaikan yang ketara.

“Kedah (241 kes), Sabah (130) dan Selangor (34) catat kes tertinggi. Negeri-negeri lain agak terkawal dengan kes baru kurang dari 2 angka atau sifar.

“224 daripada 241 kes di Kedah ialah dari kluster Tembok melibatkan penjara Alor Setar yang telahpun dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB),”katanya.

Katanya, Sarawak pula catat satu kes baru iaitu kes import melibatkan individu yang pulang dari Kuwait.

“Begitu juga dengan Sabah di mana kawasan-kawasan hot-spot telah diletak di bawah PKPD,”katanya.

Melihat keadaan itu, Najib juga mencadangkan keperluan PKPD bersasar diperluaskan di sekitar Meru, Klang dan kawasan sekitar penjara Alor Setar.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.