KUALA LUMPUR- Bekas Perdana Menteri menyelar tindakan Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim yang didakwa berkempen (gambar) lebih awal di Tanjung Piai Johor, pada malam tadi. Datuk Seri Najib Razak mendakwa, tindakan itu satu kesalahan yang termaktub di bawah undang-undang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Dakwanya, Teresa turut menghadiahkan satu botol minyak kelapa sawit kepada hadirin untuk diminum. "Tak ramai ...

KUALA LUMPUR- Polis berpuas hati dengan hasil siasatan terhadap 12 lelaki yang ditahan kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Ealam (LTTE). Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, segala dokumen diperlukan teleh diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara, Rabu lalu. Menurutnya, di pihak polis, siasatan telah pun selesai ...

GEORGETOWN- Pemandu kenderaan warga China yang memandu kereta dan merempuh mati seorang penunggang motisikal telah direman empat hari bermula semalam. Memetik Berita Harian, perintah reman kepada wanita berusia 24 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Pulau Pinang, Nur Fadrina Zulkhairi. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, kertas siasatan akan dilengkapkan pegawai pensyiasat kes ...

KUALA LUMPUR- Ucaptama Perdana Menteri pada Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) ke-18 di Baku Azerbaijan pada Jumaat mendapat pujian pemimpin dunia. Salah satunya dilontarkan Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev. Beliau berkata, ucapan Tun Dr Matathir Mohamad sangat hebat dan berpandangan ke hadapan. "Ucaptama anda semalam sangat hebat, ia adalah visi yang berpandangan ke hadapan, pendekatan terbuka terhadap isu-isu penting dan ...

INDONESIA- Seramai lima pelajar Sekolah Menengah Pertama Budhaya III Duren Sawit Jakarta Timur, lemas ketika mandi di Sungai Ciujung di Kawasan Adat, Baduy semalam. Kejadian berlaku pada jam 12.00 tengah hari waktu tempatan. Lapor Kompas, lima mangsa berkenaan mengikuti rombongan sambil belajar bersama 120 orang lagi pelajar di kawasan itu. Kepala Desa Kanekes, Kecamatan Leuwidamar, Lebak, Banten, Jaro Saija berkata, ...

GEORGETOWN- Sebuah kereta (gambar) dipandu wanita dipercayai mabuk melanggar dua buah motosikal dan sebuah kereta yang sedang berhenti di lampu isyarat. Kejadian berlaku di simpang empat jalan Dato Keramat jam 6.50 pagi, hari ini Menurut laporan Harian Metro, rakaman litar tertutup (CCTV) menunjukkan pemandu kereta terbabit tidak berhenti ketika melalui lampu isyarat tersebut sebelum merempuh dua motosikal dan sebuah lagi ...

  KUALA LUMPUR- Ibu kepada pendakwah bebas Firdaus Wong Wai Hung memeluk Islam hari ini. Perkara itu diumumkan Firdaus dalam catatan Facebooknya sebentar tadi. Beliau mengakui perasaannya gementar dan sebak mengendalikan syahadah hari ini walaupun ia bukan kali pertama melakukannya. "Alhamdulilah Allahuakbar. Setelah¬†14 tahun saya memeluk Islam, hari ini ibu tercinta saya pula dengan mengucapkan syahadah. Allahuakbar. "Saya tidak dapat ...

KUALA LUMPUR- Indonesia hari ini mencipta sejarah apabila dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Bawah- 20 tahun (B-20) pada 2021 oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Keputusan itu menyaksikan Indonesia menjadi pasukan ketujuh dari Asia menganjurkan kejohanan penuh prestij itu. Tahukah anda? sebelum Indonesia, skuad bola sepak Malaysia B-20 juga pernah bermain di pentas Piala Dunia dengan status sebagai tuan ...

JAKARTA- Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) hari ini mengumumkan Indonesia sebagai tuan rumah Piala Dunia B-20 pada 2021. Lapor Media Indonesia, berita gembira itu diumumkan dalam Mesyuarat Council yang berlangsung di Shanghai, China hari ini. Keputusan itu menyaksikan Indonesia menewaskan Peru dan Brazil yang turut membida bagi menganjurkan kejohanan terbesar bawah umur itu. Indonesia pernah mewakili Asia ke kejohanan Piala ...

ESSEX- Sebanyak 39 mayat ditemukan Polis Britain dalam sebuah lori kontena dipercayai dari Bulgaria lapor media antarabangsa hari ini. Semua mayat itu ditemukan di kawasan industri di Grays Timur London. Kompas memetik AFP melaporkan, siasatan awal polis menunjukkan 38 mayat itu dari jasad orang dewasa dan seorang remaja. Susulan itu, polis menahan seorang pemandu trak kerana dipercayai terlibat dalam pembunuhan. ...