“Jangan terlalu bimbang hantar anak ke sekolah”- Exco Pendidikan Kedah

Najmi dalam Mesyuarat Keselamatan kelmarin

ALOR SETAR– Kerajaan negeri sentiasa memberikan komitmen terbaik dalam memastikan para pelajar selamat daripada dijangkiti wabak COVID-19.

Exco Pendidikan Kedah, Brig Jeneral B Datuk Najmi Ahmad berkata, beliau faham dengan situasi ibu bapa yang bimbang menghantar anak ke sekolah khususnya di Baling selepas Kluster Tawar merebak.

“Sejak tercetusnya covid 19 Kluster Tawar masyarakat sekitar kelihatan gusar dan risau terutama waris kanak kanak yang mengikuti persekolahan.

“Memang tidak dinafikan kebimbangan itu patut ada di kalangan ibu bapa yang memikirkan keselamatan anak-anak mereka dalam menghadapi keadaan seperti sekarang,” katanya hari ini.

Begitupun, ibu bapa dinasihati tidak terlalu bimbang kerana pihak kerajaan amat prihatin dengan keselamatan murid.

“Namun nasihat saya waris-waris janganlah merasa kerisauan yang melampau kerana pihak kerajaan amat prihatin tentang keselamatan murid dalam menghadapi situasi begini.

“Patuhilah prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Jaga kebersihan dan biasakan dengan norma baru

“Andainya sekolah terpaksa ditutup Jabatan Pendidikan Negeri akan keluarkan panduan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) secara online , in Sya Allah proses pembelajaran akan boleh diteruskan,” katanya.

Sejak Kluster Tawar dikesan minggu lalu, jumlah kehadiran pelajar khususnya di Sekolah Kebangsaan (SK) Syed Syeh di Kupang dan SK Tawar di Kuala Ketil merosot.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.