KUALA LUMPUR- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengarahkan semua sekolah yang telah menerima komik "Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama" menyekat pengedarannya. Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, semua sekolah di bawah KPM yang telah menerima komik tersebut telah diarahkan untuk tidak disebarluaskan. Menurutnya, beliau sekali lagi menegaskan bahawa KPM tidak pernah meluluskan komik berkenaan apatah lagi membenarkan pengedarannya. "KPM tidak ...

HO CHI MINH CITY- Malaysia ditunjukkan jalan keluar dalam kejohanan AFF HDBank Futsal Championship 2019 apabila dibelasah Australia 6-4, malam ini. Perlawanan kedua Kumpulan B di Stadium Phu Tho itu menyaksikan Malaysia dibolosi lima gol pada separuh pertama. Skuad negara pula memperolehi satu gol hasil jaringan sendiri pemain lawan, G.Giovenali pada minit ke-20. Malaysia cuba mempamerkan kebangkitan pada separuh masa ...

KUALA LUMPUR-- Mahasiswa perlu membantu murid dan pelajar sekolah dari segenap segi. Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, mahasiswa yang aktif, berkeperibadian tinggi, dan mempunyai idealisme yang kukuh sedar akan peranan mereka kepada masyarakat. "Mahasiswa sebegini tidak hanya tahu apa yang mereka harus lakukan, tetapi tahu kenapa mereka melakukannya,"katanya di Facebook bagi mengulas program Sekolahku Universitiku, hari ini. Beliau berkata, ...

  KUALA LUMPUR- Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tertarik dengan produk-produk keluaran tempatan di negara ini. Beliau berkata, semua produk daripada usahawan tempatan diharap disokong kuat oleh rakyat Malaysia. "Saya berharap produk-produk buatan tempatan ini mendapat sokongan kuat oleh rakyat Malaysia dan hasilnya mampu diangkat setaraf dengan produk-produk negara lain,"katanya dalam satu kenyataan di Facebook, kelmarin. Terdahulu, beliau mengunjungi ...

Disediakan Rentas7.com   ALOR SETAR- Kelewatan pemberian wang khairat kematian daripada kerajaan negeri kepada penduduk tidak seharusnya berlaku. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayu, Abd Nasir Idris berkata, masih ada penduduk belum menerima wang berkenaan sejak Jun lalu. Menurutnya, perkara itu dimaklumkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kepadanya, kelmarin. "Saya pelik, khairat kematian kita bagi untuk urusan pengebumian, untuk selesaikan ...

  Liputan Sidang DUN Kedah oleh Rentas7.com ALOR SETAR- Laluan lebuh raya Grik-Baling- Kulim hingga ke sempadan Pulau Pinang mempunyai potensi melonjakkan ekonomi daerah Baling, tetapi sayang ia tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang, Brigadier (B) Najmi Ahmad (gambar) berkata, laluan sepanjang kira-kira 70 kilometer yang menghubungkan negeri-negeri utara ke Pantai Timur itu menjadi pilihan utama pengguna kenderaan ...

Liputan Sidang DUN Kedah oleh Rentas7   ALOR SETAR- Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Kedah perlu bebas daripada lantikan aktivis-aktivis politik yang tidak berpeluang memegang jawatan dalam kerajaan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang, Brigadier (B) Datuk Najmi Ahmad berkata, langkah itu perlu supaya GLC kembali kepada objektif penubuhannya sekaligus menjimatkan perbelanjaan negeri. “Semua lantikan jawatan politik dalam GLC sewajarnya perlu ...

KUALA KETIL-Sibuk dengan jadual padat tidak menghalang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Ketil untuk bersantai bersama anak-anak muda pada waktu malam. Mejar (B) Mansor Zakaria berkata, beliau bertemu kira-kira 50 orang belia yang juga merupakan Pemuda Pas di pekarangan Masjid Parit Panjang, baru-baru ini demi mengeratkan ikatan ukhwah. Menurutnya, pertemuan itu juga dijadikan medan berkongsi idea dan pandangan di ...

Laporan Rentas7  Sidang Dun Kedah ALOR SETAR- Kedah merupakan sumber air kepada Pulau Pinang, namun negeri ini akan jauh ketinggalan berbanding negeri jiran itu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang, Brigadier (B) Datuk Najmi Ahmad berkata, ini kerana, Kerajaan Pusat dikhabarkan bersetuju menyalurkan peruntukan untuk membina tiga pulau buatan di sana. Menurutnya, Pulau Pinang akan melonjak lebih ke hadapan sedangkan ...

INDONESIA-Seekor ikan yang mempunyai beberapa tulisan di badan, menggemparkan masyarakat di Dusun Tanah Goyang wilayah Maluku di sini, hari ini. Memetik Kompas, ikan aneh itu ditemui nelayan setelah jaring di dalam laut dinaikkan ke atas kapal. Beberapa tulisan sukar difahami terdapat pada ikan spesies karang itu, tetapi antara yang jelas ialah perkataan "Ambon". "Ikan itu ditemukan di jaring bobo pagi ...