Tentera China dihantar perang menangis ketakutan

Video tular yang menunjukkan tentera komunis China sedang menangis ketakutan

KUALA LUMPUR-Tular video sekumpulan tentera Komunis China sedang menangis teresak-esak dalam sebuah bas.

Kumpulan itu dilihat menangis beramai-ramai dengan ada yang sedang meraung ketakutan.

Difahamkan mereka akan dihantar ke sempadan India bagi menghadapi pertempuran yang mungkin akan berlaku pada bila-bila masa.

Video berkenaan dikongsi pelbagai halaman Facebook yang anti kepada ideologi komunis.

Ia juga menjadi bahan ketawa netizen yang menganggap tentera China hanya gah melalui propaganda di media namun sebenarnya “lembik”.

Hubungan China- India semakin panas susulan perebutan sempadan di antara kedua-dua negara.

Pertelingkahan sempadan India-China bukanlah kali pertama, kedua-dua negara pernah terlibat dalam peperangan pada 21 November 1962.

Pada Jun lalu, media melaporkan sekurang-kurangnya 20 tentera India telah ditawan tentera China manakala sekurang-kurangnya 40 tentera China maut.

Ia melibatkan konflik terbaru di kawasan pergunungan di Lembah Galwan di Ladakh, Wilayah Kashmir yang bersempadan Tibet di China.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.