Pemimpin dunia kagum Tun Dr Mahathir

KUALA LUMPUR– Ucaptama Perdana Menteri pada Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) ke-18 di Baku Azerbaijan pada Jumaat mendapat pujian pemimpin dunia.

Salah satunya dilontarkan Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev.

Beliau berkata, ucapan Tun Dr Matathir Mohamad sangat hebat dan berpandangan ke hadapan.

“Ucaptama anda semalam sangat hebat, ia adalah visi yang berpandangan ke hadapan, pendekatan terbuka terhadap isu-isu penting dan anda sentiasa mempertahankan keadilan,”katanya pemimpin itu kepada Dr Mahathir yang dipetik daripada Bernama.

Terdahulu kedua-dua pemimpin itu bertemu di Istana Presiden di Baku, Azerbaijan, hari ini.

Ilham berkata, Dr Mahathir yang berusia 94 tahun adalah di sebalik transformasi Malaysia yang mengagumkan dan Azerbaijan berharap dapat berkongsi kepakaran dengan Malaysia.

Dr Mahathir dan Ilham juga dilaporkan bersetuju memperkukuhkan kerjasama khusus dalam sektor tenaga dan pelancongan.

Azerbaijan menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) ke-18.

Negara itu juga dipilih sebagai Pengerusi baharu NAM dan Dr Mahathir berharap Azerbaijan dapat memikul amanah itu dengan baik serta memastikan badan itu bersatu kekal relevan dalam era Perang Dingin.

Rentas7.com/ Photo Berita Harian

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.