FIFA umum Indonesia tuan rumah Piala Dunia

JAKARTA– Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) hari ini mengumumkan Indonesia sebagai tuan rumah Piala Dunia B-20 pada 2021.

Lapor Media Indonesia, berita gembira itu diumumkan dalam Mesyuarat Council yang berlangsung di Shanghai, China hari ini.

Keputusan itu menyaksikan Indonesia menewaskan Peru dan Brazil yang turut membida bagi menganjurkan kejohanan terbesar bawah umur itu.

Indonesia pernah mewakili Asia ke kejohanan Piala Dunia B-20 pada 1979 bersama Korea Selatan.

Diundi dalam Kumpulan B, Indonesia tewas tiga perlawanan berturut-turut kepada Argentina, Poland dan Yugoslavia.

Kejayaan Indonesia mencipta sejarah menganjurkan Piala Dunia B-20 di bumi sendiri pastinya mahu digunakan Indonesia untuk melangkah sejauh mungkin.

Rentas7.com/Photo Kompas.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.