Lima pelajar mati lemas

INDONESIA– Seramai lima pelajar Sekolah Menengah Pertama Budhaya III Duren Sawit Jakarta Timur, lemas ketika mandi di Sungai Ciujung di Kawasan Adat, Baduy semalam.

Kejadian berlaku pada jam 12.00 tengah hari waktu tempatan.

Lapor Kompas, lima mangsa berkenaan mengikuti rombongan sambil belajar bersama 120 orang lagi pelajar di kawasan itu.

Kepala Desa Kanekes, Kecamatan Leuwidamar, Lebak, Banten, Jaro Saija berkata, pihaknya telah melarang pengunjung supaya tidak berenang di sungai berkenaan.

“Tenggelamnya di Sungai Ciujung, memang dalam kerana ada leuwi leuwi (cekungan), pelancong di larang ke sana,”katanya.

Menurut media Indonesia, kesemua mangsa berjaya ditemukan dan polis melakukan proses mengenal pasti kelima jenazah itu di Puskesmas Cisimeut, Kecamatan Leuwidamar.

Rentas7.com/Photo Kompas.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.