Ibu Firdaus Wong peluk Islam

 

KUALA LUMPUR- Ibu kepada pendakwah bebas Firdaus Wong Wai Hung memeluk Islam hari ini.

Perkara itu diumumkan Firdaus dalam catatan Facebooknya sebentar tadi.

Beliau mengakui perasaannya gementar dan sebak mengendalikan syahadah hari ini walaupun ia bukan kali pertama melakukannya.

“Alhamdulilah Allahuakbar. Setelah 14 tahun saya memeluk Islam, hari ini ibu tercinta saya pula dengan mengucapkan syahadah. Allahuakbar.

“Saya tidak dapat menahan airmata saya seusai ibu saya mengucapkan dua kalimah syahadah dan memeluknya.

“Jazakumullahu Khairan kepada sahabat yang sering menyokong dan mendoakan kami. Teruskan sokongan dan doa anda,”katanya.

Firdaus berkata, beliau mendoakan agar ahli keluarga yang lain juga akan diberikan hidayah.

“Berharap selepas ini ayah, kakak, abang, anak saudara, keluarga mertua saya juga dikurniakan hidayah oleh Allah Subhana Wa Ta’ala. Allahuma Ameen.

“Alhamdulilah Alhamdulilah Alhamdulilah. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar. Doakan kita semua istiqomah di dalam Islam dan mati sebagai Muslim. Allahuma Ameen,”katanya.

 

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.