38 mayat orang dewasa, seorang remaja dalam kontena

ESSEX– Sebanyak 39 mayat ditemukan Polis Britain dalam sebuah lori kontena dipercayai dari Bulgaria lapor media antarabangsa hari ini.

Semua mayat itu ditemukan di kawasan industri di Grays Timur London.

Kompas memetik AFP melaporkan, siasatan awal polis menunjukkan 38 mayat itu dari jasad orang dewasa dan seorang remaja.

Susulan itu, polis menahan seorang pemandu trak kerana dipercayai terlibat dalam pembunuhan.

Ketua Polis Essex, Andrew Mariner dalam satu kenyataan berkata, ia adalah insiden tragis di mana sejumlah besar manusia telah kehilangan nyawa.

Dalam pada itu, Reuters melaporkan kontena itu memasuki Britain melalui Holyhead, hujung barat laut Wales pada Sabtu lalu.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.