Wanita mabuk direman, pemilik kereta disaman

GEORGETOWN- Pemandu kenderaan warga China yang memandu kereta dan merempuh mati seorang penunggang motisikal telah direman empat hari bermula semalam.

Memetik Berita Harian, perintah reman kepada wanita berusia 24 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Pulau Pinang, Nur Fadrina Zulkhairi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, kertas siasatan akan dilengkapkan pegawai pensyiasat kes untuk diserah kepada Timbalan Pendakwa Raya.

“Kita bercadang mendakwa wanita itu pada Selasa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Setakat ini, hanya pemandu sahaja direman, manakala reman terhadap pemilik berdaftar kereta terbabit tidak diluluskan,”katanya.

Bagaimanapun beliau berkata, pemilik daftar kenderaan akan disaman mengikut Seksyen 26 APJ 1987.

Dalam kejadian Jumaat lalu, kereta dipandu wanita dipercayai mabuk itu melanggar dua buah motisikal dan sebuah kereta yang sedang berhenti di lampu isyarat di simpang empat jalan Dato Keramat jam 6.50 pagi.

Mangsa, Mohaidin Gani Mohamad,65, yang merupakan seorang kakitangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), maut di tempat kejadian.

Artikel berkaitan

http://rentas7.com/lelaki-keluar-cari-rezeki-maut-dirempuh-pemandu-mabuk/

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.