Laporan: Elyas Salleh
KUALA KETIL– Pegawai Kewangan Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Haji Isahak Murat mengadakan lawatan ke DUN Kuala Ketil siang tadi.
Lawatan itu bagi meninjau jalan sekolah agama akan dinaiktaraf menggunakan peruntukan kerajaan negeri.
Ia termasuk dalam usaha menjayakan gagasan kerajaan negeri iaitu Cordoba Of Kedah (CoK).

Antara jalan ditinjau ialah Pondok Ustaz Bakar Parit Panjang, Jalan Madrasah Ustaz Nurudin, Jalan Madrasah Fuqaha Charok Bakap, serta Madrasah Ustaz Nawawi Harun Sungai Kuala Darak
Turut bersama adalah Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kuala Ketil, Mejar (B) Mansor Zakaria serta Penghulu Teloi Kanan, Muhd Effy.
RENTAS7
Leave a Reply