Bersatu hampir sertai Maufakat Nasional

KUALA LUMPUR-Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberikan isyarat awal pembentukan Maufakat Nasional (MN) bersama Bersatu.

“Kita berjaya menyatukan ketiga-tiga parti. Kita tak boleh berpisah dengan UMNO, tak boleh berpisah dengan BERSATU,”katanya di Facebooknya malam ini.

Kenyataan ringkas itu disertakan gambar beliau bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Zahid pada 30 Julai lalu mengumumkan UMNO keluar daripada Perikatan Nasional (PN) namun kekal menyokong kerajaan sedia ada sehingga PRU-15.

Keputusan Bersatu untuk sertai MN amat dibimbangi kompenan Pakatan Harapan (PH) iaitu PKR, DAP dan Amanah.

Menerusi perkembangan politik semasa, MN mampu menang besar pada PRU-15 sekaligus mengukuhkan kerusi Bumiputera.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.