Warisan Kedah tuntut tiga kerusi untuk PRN

Datuk Mustaffa Idrus

SUNGAI PETANI– Parti Warisan Negeri Kedah menuntut untuk diberikan sekurang-kurangnya dua atau tiga kerusi pada PRN nanti.

Pengerusi Biro Perhubungan Awam Parti Warisan Negeri Kedah, Datuk Mustaffa Idrus berkata, Warisan tidak boleh dipinggirkan kerana ia juga rakan dalam parti kompenen dibawah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sebagai anggota Kerajaan Perpaduan, Warisan Negeri Kedah berharap dapatlah kiranya diberi tempat untuk Warisan bertanding pada PRN ini.

“Walaupun hanya dua atau tiga kerusi pun tak mengapa. Ini demi perjuangan Warisan Negeri Kedah,”katanya kepada pemberita hari ini.

Mustaffa berkata, beliau berharap Warisan turut diberikan keutamaan dalam sebarang mesyuarat atau gerakan.

“Kami mohon jika ada mesyuarat dan gerakan apa apa juga dimaklumkan kepada Warisan Negeri negeri Kedah.

“Saya juga selaku Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Warisan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Biro Perhubungan Awam Negeri Kedah amat berharap kerjasama yang jitu,”katanya.

Menurutnya, Warisan juga perlu diberi penghormatan bersama sama dengan gabungan lain di dalam Kerajaan Perpaduan.

“Semangat seperti ini perlu dalam menjamin kestabilan sebuah konsesus.

“Parti besar atau kecil perlu dilayan dengan semangat perpaduan yang tinggi.

“Parti Warisan Kedah berharap presidennya juga di berikan tempat dan kedudukan dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan demi kestabilan serta keteguhan perjanjian demi negara dan rakyat,”katanya

 

RENTAS7

 

 

 

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.