Warisan Kedah PM-10 lulus pengeluaran KWSP

Matheyalagan a/l Narayanasamy

ALOR SETAR– Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan belum dapat membantu menyelesaikan masalah kewangan rakyat.

Naib Pengerusi merangkap Timbalan Biro Perhubungan Parti Warisan Negeri Kedah, Dr Matheyalagan Narayanasamy berkata, usaha menyelesaikan masalah itu hanya akan tercapai sekiranya Perdana Menteri membenarkan pengeluaran wang KSWP.

“Warisan Negeri Kedah berterima kasih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas perlaksanaan pemberian wang dari banyak segi bagi membantu Rakyat.

“Tetapi hari ini wang diberi cuma dapat membantu sedikit sahaja berbanding hasrat sebenar beliau. Rakyat pada sekarang perlu bantuan lebih untuk menyelesaikan masalah kewangan mereka . Ini cuma akan tercapai dengan mengeluarkan KWSP mereka itu sendiri,”katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pemberian sebanyak RM 100 atau RM 200 tidak dapat membantu rakyat secara keseluruhannya.

“Oleh yang demikian saya menyeru Datuk Seri Anwar Ibrahim mempercepatkan dan membenarkan pengeluaran KWSP mereka masing masing dengan satu kaedah tepat.

“Pengeluaran KWSP ini penting bagi lebih 70% rakyat Malaysia dan dapat mengurangkan hutang yang jauh lebih besar dari bantuan diberikan sekarang,”katanya.

Menurutnya, kelulusan pengeluaran KSWP oleh kerajaan akan dihargai oleh masyarakat memerlukan.

“Golongan tersasar ini amat amat berterima kasih kepada Perdana Menteri dan sekali gus menganggap Kerajaan Perpaduan sememangnya perihatin dan boleh mendengar suara rakyat.

“Diharapkan keluhan Rakyat terjawab sebelum Aidilfitri nanti,”katanya.

 

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.