Laporan: Ilyas Salleh
PARIT PANJANG -Masjid Omar Zuhdi Parit Panjang di Baling mengambil pendekatan lain daripada lain apabila membuka gelanggang badminton bagi menarik lebih ramai jemaah hadir menunaikan solat.
Gelanggang dibuka dalam kawasan masjid itu itu mendapat perhatian ADUN Kuala Ketil, Mejar (B) Mansor Zakaria yang memuji usaha diambil pihak masjid.
“Tahniah dan syabas kepada kariah Masjid Omar Zuhdi, Parit Panjang yang telah ambil satu inisiatif mengimarahkan masjid secara aktiviti bersukan dan riadah.
“Bertuah la ada Tuan Imam – Ust Hamdan dan AJK masjid yang cukup prihatin,”katanya pada coretan di Facebooknya.

Menurutnya, anak muda dinasihati tidak melepaskan peluang berkenaan untuk bersukan.
“Masjid dah berbelanja besar dalam bab ni, hanya mai main saja, tapi jangan lupa masa solat pula. Badminton pun ada, ping pong pun ada.
“Lepas ni nak buka gelanggang takraw pula,”katanya.
RENTAS7
Leave a Reply