Kampung Paya Menora ceria dengan pemasangan Jalur Gemilang

Warga setempat termasuk anak muda sedang memasang dan memasak bendera Malaysia sekitar kampung

KUALA KETIL– Kerja-kerja memasang dan memacakkan bendera sempena sambutan Bulan Kebangsaan selesai dilaksanakan di Kampung Paya Menora petang semalam.

Aktiviti tersebut berlangsung pada jam 3.00 petang dan melibatkan seramai 10 orang anggota yang berganding bahu menjayakan kerja-kerja pemasangan bendera di sekitar kawasan kampung.

Kerja pemasangan bendera itu merupakan antara usaha masyarakat setempat untuk menyemarakkan lagi suasana sambutan Hari Kebangsaan.

 

Penduduk Kampung Paya Menora bersemangat memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan

Kesepuluh anggota yang terlibat turut menunjukkan semangat kerjasama dan gotong-royong bagi memastikan pemasangan bendera dapat diselesaikan dengan lancar.

Kehadiran bendera Jalur Gemilang di sekitar kawasan kampung bukan sahaja menceriakan persekitaran, malah menjadi simbol kecintaan dan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.

Jalan sekitar Kampung Paya Menora meriah dengan bendera-bendera Malaysia

Program seumpama ini juga diharapkan dapat menyatukan masyarakat tanpa mengira latar belakang, selain menggalakkan orang ramai menghayati kembali nilai kemerdekaan dan pengorbanan generasi terdahulu.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.