Ramai ahli UMNO minat PN

Dato' Ali Yahaya

 

BALING-Baju Perikatan Nasional (PN) bukan sahaja laris bahkan menjadi buruan hangat dalam kalangan ahli UMNO.

Mantan Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Dato’ Ali Yahaya berkata, ramai ahli UMNO meminati baju PN.

“Baju PN saya baru beli semalam, bila jumpa saja depa (penyokong UMNO) pakat tanya mana baju lagi kot-kot ada.

“Tapi perihal PAS ni dia beli sendiri, kalau UMNO tobat tak buat, dia tunggu baju mai. Saya tau di Baling Datuk Azeez (Bekas MP Baling) kena bagi. Jenuh bawak turun baju,”katanya dalam Ceramah Isu Semasa PRUN-15 di Kampung Padang Belon malam tadi.

Beliau yang juga mantan ADUN Pantai Merdeka berkata, semua pihak perlu bekerja kuat bagi menunjukkan isyarat bahawa orang kampung menolak kerajaan dibawah PH-BN dan mahukan perubahan.

Dalam pada itu, beliau berkata, ramai ahli UMNO hilang arah selepas parti itu semakin lemah.

Justeru beliau meminta supaya ahli PAS menyantuni ahli UMNO dan mengajak mereka menyokong PN.

Pada ceramah kelompok di Kampung Padang Belon itu menyaksikan 100 borang keahlian baru PAS diserahkan wakil dari Kampung Ulu Tawar Atas/ Padang Belon dan Kampung Simpang Tiga Pokok Gelugor.

Ceramah malam tadi itu juga kali pertama dapat diadakan oleh PAS berikutan ia merupakan kubu kuat UMNO sejak PRU pertama diadakan pada 1955.

Namun PAS dan PN akhirnya dapat menembus masuk berkempen di kubu lawan selepas ramai penduduk berhijrah memberikan sokongan kepada PN.

Hadir sama, mantan ADUN Kupang, Brigadier Jeneral (B) Dato’ Najmi Ahmad dan Ketua Penerangan PAS Sungai Petani, Tuan Azhar Zakaria.

RENTAS7

 

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.