Genap 18 tahun tragedi Tak Bai

PATANI-Hari ini genaplah 18 tahun tragedi Tak Bai yang menimpa umat Islam Patani.

Mengimbau sejarah ringkas, kejadian berlaku pada bulan Ramadan Oktober 2004/1425 Hijrah pada hari Jumaat.

Pembantaian militer Thai ke atas jasad umat Islam Patani dalam tragedi itu telah mengorbankan lebih 85 nyawa tidak berdosa.

Menurut sumber tempatan, punca kejadian berlaku selepas enam individu Melayu Patani ditangkap seminggu sebelum kejadian.

Mereka dituduh oleh kerajaan Thai sebagai dalang mencuri senjata pasukan tentera.

Masyarakat Melayu di Tak Bai telah berhimpun secara aman untuk membantah penangkapan tersebut serta menuntut kesemua mangsa dibebaskan.

Mereka yakin keenam-enam mangsa dijadikan kambing hitam setelah mendapati tangkapan dibuat tanpa sebarang bukti yang sahih.

Lantaran itu, pasukan tentera dalam keadaan bersenjata penuh telah bertindak kasar dengan menahan peserta yang berhimpun.

Kesemua mangsa telah ditindan empat lapis dalam trak askar dalam keadaan tangan diikat ke belakang.

Mereka dibawa ke Kem Tentera Ingkayut Bothong yang mengambil masa lima jam perjalanan dari lokasi kejadian.

Kesemuanya syahid akibat sesak nafas.

Sedihnya kerajaan Thailand dibawah Thaksin Shinawatra telah memutuskan kekejaman dilakukan pasukan tentera sebagai tidak bersalah.

Hingga kini keadilan buat semua mangsa belum terbela.

Al-Fatihah. Semoga keadilan tertegak.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.