Kerusi roda baru bantu pesakit warga emas

Hassan Saad menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada pesakit

Laporan: Ilyas Salleh

BALING -Kerusi roda sumbangan Ahli Parlimen Baling, Hassan Saad meringankan beban hidup pesakit warga emas Ragayah Lateh,72, petang tadi.

Raghayah yang menghidap pelbagai jenis penyakit termasuk kencing manis terlantar sakit sejak dua tahun telah diziarahi Ustaz Hassan di rumahnya di Kampung Setang Sungai Limau.

Turut bersama dalam lawatan adalah Dewan Muslimat PAS Kawasan Baling dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kupang.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.