Pecat Eric Paulsen, bukti PN lebih baik daripada PH

Datuk Mustaffa Idrus

ALOR SETAR-Pelucutan Eric Paulsen daripada ahli Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia (MPKM) membuktikan kerajaan Perikatan Nasional (PN) jauh lebih baik daripada Pakatan Harapan (PH).

Pengerusi Persatuan Angkatan Melayu Negeri Kedah (PAMM), Datuk Mustaffa Idrus berkata, pelucutan berkenaan tidak akan berlaku sekiranya PH masih memerintah.

“Di zaman PH, pemimpin yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman kebal daripada hukuman atau tindakan sehingga menyebabkan sentimen perkauman ketika itu meningkat.

“Tetapi setelah PH jatuh, kita dapat rasai keharmonian antara kaum dalam negara ini. Inilah pentingnya ketegasan dalam sesebuah kerajaan, bukannya diam membisu,”katanya.

Katanya, keberadaan PAS dalam kompenan PN mentasbilkan kerajaan.

“Setakat hari ini PAS berjaya menjadi penegur kepada kerajaan.

“Berbanding Amanah ketika dalam kerajaan mereka hanya menjadi pak turut walaupun Islam dan Melayu dicaci. Pemimpin Amanah tidak berani bersuara dan malanglah kepada pengikut parti itu,”katanya.

Katanya, kerajaan dinasihati tidak melakukan kesilapan lagi dengan melantik individu yang salah dalam sebarang agensi di bawah kerajaan.

“Sebelum melantik seseorang, siasatlah latar belakangnya dan pastikan hanya yang benar-benar layak dipilih,”katanya.

Semalam Kementerian Komunikasi dan Multimedia menggugurkan Eric Paulsen daripada MPKM selepas menerima bantahan rakyat dan pelbagai pihak

Eric terkenal dengan sokongan kuat dan promosi terhadap pelbagai kumpulan berfahaman songsang, liberalisme hedonisme, lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.