KUALA LUMPUR- Ikon muda Pas, Mohd Syahir Che Sulaiman dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada presiden parti Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, lantikan Pengarah Strategi Dewan Pemuda Pas Malaysia itu dibuat menggantikan Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang telah dilantik sebagai Menteri Besar Kerajaan Negeri Terengganu dan dipersetujui Abdul Hadi.
“Pelantikan berkenaan telah dimaklumkan dan disahkan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 8 Julai 2018 di Kuala Terengganu.
“Mohd Syahir adalah lulusan Sarjana Pengajian Pembangunan (Master of Development Studies) dari Universiti Malaya (UM) dan Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),”katanya dalam satu kenyataan semalam.
Beliau berkata, karier terkini Mohd Syahir adalah sebagai Penolong Naib Presiden (AVP), Development Strategy di sebuah syarikat korporat terbesar negara.
“Dalam Pas Mohd Syahir adalah Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memegang peranan penting sebagai Pengarah Strategi DPPM.
“Pas pusat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas sumbangan yang telah diberikan oleh Ahmad Samsuri sepanjang berkhidmat sebagai Setiausaha Politik Presiden PAS sejak tahun 2008,”katanya.
Rentas7.com
Photo: Fb Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Leave a Reply