Keluarga Rohingya tidak ketinggalan dibantu

Firdaus Kanan, Yunus Yusof kiri menyampaikan bantuan kepada keluarga Rohingya

KULIM– Sebanyak 26 buah keluarga Rohingya di Taman Desa Aman Padang Serai yang terjejas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibantu.

Komuniti etnik itu dibantu Bank Muamalat cawangan Taiping diwakili pengurusnya, Yunus Yusof, Politeknik Sultanah Bahiyah, diwakili Shamsul Bahrain dan Persatuan Cina Muslim ( MACMA) daerah Kulim melalui wakilnya, Mohamad Hadi Firdaus Ang, kelmarin.

Firdaus Ang berkata, sumbangan disampaikan ialah berbentuk keperluan makanan dan barangan dapur.

“Setiap ketua keluarga komuniti tersebut tidak dapat bekerja sepanjang tempoh PKP- COVID-19 menyebabkan mereka terjejas untuk membeli keperluan makanan.

“Atas dasar kemanusiaan kami tampil membantu bagi meringankan bebanan mereka,”katanya kepada Rentas7.com hari ini.

Cikgu Mariam turut turun padang menyantuni etnik Rohingya

Firdaus Ang berkata, beliau merakamkan jutaan terima kasih kepada penyumbang yang menjayakan misi kali ini.

Hj Shamsul sedang mengangkat barang untuk diagihkan

Sementara itu, guru pengajar kepada etnik Rohingya, Mariam Abd Latif berkata, pihaknya berterima kasih kepada semua pihak yang tampil membantu.

“Saya berharap lebih ramai tampil membantu komuniti Rohingya yang mengharapkan simpati daripada kita semua,”katanya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.