Biar rakyat tentukan kerajaan baru

Mustafa mahu DAP diharamkan

SUNGAI PETANI– “Kembalikan kuasa kepada rakyat, bubarkan Parlimen” kata Ketua Penyelaras Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) Kedah, Datuk Mustaffa Idrus (gambar)

Beliau berkata, PUTRA melihat dengan dekat senario politik yang berlaku sejak semalam dan amat bimbang sekiranya tidak diselesaikan dengan baik.

Menurutnya, demi rakyat, Yang di-Pertuan Agong diharap membubarkan Parlimen bagi membolehkan satu pilihanraya umum baru dilangsungkan.

“Adalah satu jalan yang baik tidak membentuk kerajaan melalui pintu belakang.

“Rakyat amat terseksa di bawah pemerintahan Pakatan Harapan.Kembalikan lah kuasa kepada rakyat dan rakyat tentukan pemerintahan akan datang.Kerajaan pintu belakang ni tak bagus,”katanya hari ini.

Dalam pada itu katanya, PUTRA Kedah menyokong kenyataan Naib Presiden PUTRA, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang bimbang jika keadaan berlarutan akan berikan kesan buruk kepada pasaran saham termasuk memberikan ruang kepada golongan ekstrimis mengambil kesempatan.

Sejak semalam, kecoh apabila Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sedang membentuk perikatan baru membabitkan PAS, UMNO, Bersatu, sebahagian PKR, Warisan dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Jika usaha itu berjaya, harapan bapa reformasi, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri kelapan akan musnah.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.