Gunakan penutupan sempadan dengan Thailand majukan produk negara

SUNGAI PETANI– Persatuan Angkatan Melayu Negeri Kedah (PAMM) berharap kerajaan negeri menggunakan peluang penutupan pintu sempadan Kedah- Thailand dengan membantu peniaga tempatan mengukuhkan produk di pasaran.

Pengerusinya, Datuk Mustaffa IdrusĀ (gambar) berkata, penutupan sempadan di Bukit Kayu Hitam – Thailand dan Durian Burung- Thailand jika diambil peluang boleh mencetuskan impak positif ekonomi tempatan .

“PAMM berharap kerajaan negeri melalui agensi yang ada tidak melepaskan peluang untuk menjana ekonomi negara sepanjang tempoh pintu sempadan ditutup,”katanya hari ini.

“Produk seperti makanan, pakaian, aksesori dan lain-lain yang sering diambil peniaga kita dari sana tidak boleh dibawa masuk ketika ini. Jadi ini peluang untuk promosi produk tempatan,”katanya hari ini.

Beliau berkata, jika peluang ini tidak diambil, produk tempatan akan tenggelam apabila pintu sempadan dibuka kelak.

“Kita berdepan bukan saja produk Thailand yang murah tetapi pelbagai produk negara luar yang dibawa masuk ke Thailand.

“Sebelum ini peniaga tempatan lebih gemar membawa masuk produk di Thailand untuk dijual ke dalam Malaysia.

“Perkembangan terkini sempadan kedua-dua negara akan membolehkan produk tempatan bertapak lebih kukuh dengan syarat diberikan sokongan kerajaan negeri atau Pusat,”katanya.

Rentas7.com

 

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.