KUALA LUMPUR-Di sebalik kemasnya setiap laras tulisan Jawi Almarhum Ustaz Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor (bekas Presiden PAS) beserta isi pesannya yang menyentuh hati, ada satu lagi sisi yang sangat cantik dipandang.
Kefasihan dan kelancaran Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ( TGHA) membacakan isi kandungan warkah sahabatnya itu benar-benar menginspirasikan ramai.
Di media sosial, majoriti warganet mengakui bahawa bukan mudah untuk membaca tulisan tangan Jawi lama Almarhum Ustaz Fadzil Noor walaupun mereka mahir membaca Jawi.
Sebaliknya, Tuan Guru yang baru pertama kali membuka kapsul warkah tersebut mampu membacanya dengan sangat lancar tanpa tersekat-sekat, seolah-olah sedang membaca tulisan Rumi.
Kemahiran ini dari satu sudut lain menyerlahkan ketajaman fikiran dan penguasaan ilmu yang dimiliki beliau.
Membaca tulisan Jawi manuskrip atau tulisan tangan lama sememangnya tidak sama seperti membaca tulisan biasa; ia menuntut kefahaman konteks yang mendalam dan ketajaman minda, persis seorang Hafiz yang lancar mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran.
RENTAS7/ FOTO: PAS Kedah








Leave a Reply