Masjid pertama di Bangkok

Masjid Ton Son

BANGKOK, Thailand dikenali sebagai antara destinasi pilihan bagi kaki pelancong.

Kota ini tidak hanya pesat dengan bangunan pencakar langit atau sekadar mempunyai banyak pusat membeli belah.

Tetapi tahukah anda? Bangkok mempunyai antara masjid tertua di dunia dikenali sebagai Masjid Ton Son.

Daripada perkongsian info halaman Facebook Histourism, Masjid Ton Son terletak di daerah Bangkok Yai di Bangkok .

Ia diasaskan pada tahun 1688 semasa pemerintahan Raja Narai dan merupakan masjid pertama di Bangkok.

Masjid Ton Son

Masjid ini pada asalnya dinamakan sebagai Kudai Yai. Ia dibina dengan kayu jati dan seni bina mirip dengan biara Buddha.

Pada tahun 1952 Masjid Ton Son telah diubahsuai dan dibina semula dengan bata dan batu.

“Baru-baru ini masjid itu telah diubahsuai lagi dan memegang keistimewaan sebagai masjid pertama di Bangkok.

“Dari sudut arsitekturnya ia telah kehilangan kepentingannya. Wajah baru masjid itu lebih ditujukan kepada rupa dan rasa Islam tradisional manakala bangunan asal mencerminkan lebih banyak seni dan budaya Thailand.

“Ia merupakan masjid bagi ASWJ yang tertua dan pertama di Thailand,” tulis admin di Facebook Histourism.

Jadi bagi anda yang mahu ke Bangkok, jangan lupa singgah di Masjid Ton Son ya! sambil melancong sambil melihat kesenian Islam.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.