PAS, Bersatu dan UMNO adakan pertemuan

Pertemuan tiga pemimpin utama parti Melayu berlangsung semalam

KUALA LUMPUR– Pemimpin tiga parti berpengaruh Melayu iaitu Bersatu, PAS dan UMNO mengadakan pertemuan bagi memperkukuhkan hubungan.

Perkara itu diakui sendiri Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Semalam saya mengadakan pertemuan dengan YB Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS dan YB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO.

“Kami berbincang mengenai usaha-usaha untuk memperkukuhkan hubungan kerjasama antara BERSATU, PAS dan UMNO,”katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Ketiga-tiga parti Melayu itu dijangka tidak mempunyai masalah berdepan PRU-15 sekiranya mengekalkan kerjasama.

Penyelidikan dijalankan badan pemikir bebas , EMIR Research bagi suku ketiga tahun ini mendapati kerajaan Perikatan Nasional menerima sokongan kukuh daripada rakyat berbanding Pakatan Harapan ( PH).

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.