Sukan SEA: Malaysia kejutkan Thailand

Malaysia mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Thailand malam ini

KUALA LUMPUR-Aksi Kumpulan B Sukan SEA membabitkan Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) menentang Thailand (B-23) penuh kejutan apabila skuad negara yang hadir dengan persiapan singkat menang 2-1 di Stadium Thien Truong, Vietnam malam ini.

Pertemuan sengit kedua-dua pasukan menyaksikan Thailand terlebih dahulu di depan menerusi jaringan Patrik Gustavsson minit ke-33.

Jaringan itu tidak mematahkan semangat pasukan negara sebaliknya skuad kendalian Brad Maloney menyamakan kedudukan 1-1.

Gol jaringan Malaysia dihasilkan Danial Asri pada minit ke-61.

Ketika kedua-dua pasukan seakan seri, Nur Azfar Fikri Azhar muncul wira negara apabila menyumbat gol kemenangan pada minit keempat dalam masa tambahan.

Kemenangan itu membolehkan skuad negara mendahului Kumpulan B setelah Singapura dan Laos seri 2-2.

 

RENTAS7/ FOTO: Changsuek

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.