Tersimbah air panas, kanak-kanak melecur

Keadaan Nazihah yang kini dirawat di Hospital daerah Baling

BALING– Malang tidak berbau, kanak-kanak berusia lima tahun melecur di kedua-dua bahagian paha akibat tersimbah air panas dalam kejadian Jumaat lalu.

Mangsa, Naurah Ulfah Mohammad Nasuha berusia lima tahun dari Kampung Sungai Tembak.

Ibunya Nazihah Hamid, anaknya tersimbah air panas dalam jug yang dibawa kakak sepupu Naurah berusia 11 tahun ketika mereka mahu memasak mi segera.

“Kedua-dua kulit paha anak melecur dan kini dia dirawat di Hospital daerah Baling.

“Doktor maklum Naurah perlu mendapatkan rawatan doktor pakar selepas ini di Alor Setar,”katanya hari ini

Mereka yang ingin membantu boleh salurkan sumbangan kepada Nazihah Hamid di nombor akaun
(152040586242 ) Maybank atau hubunginya di talian 0111-0924784.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.