KPM akan pastikan PPD tingkatkan perkhidmatan layan waris

Dr. Radzi mengadakan lawatan mengejut ke PPD Klang petang tadi

KUALA LUMPUR– Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memastikan perkhidmatan Pejabat Pendidikan Dearah (PPD) terhadap para waris pelajar ditingkatkan.

Menteri Pendidikan, Dr Radzi Jidin berkata, pihaknya dimaklumkan ibu bapa terpaksa beratur panjang di beberapa buah PPD bagi urusan persekolahan anak mereka bagi sesi 2021.

Justeru Dr Radzi berkata, beliau pada petang tadi mengadakan lawatan ke PPD Klang tanpa terlebih dahulu memaklumkan kepada PPD.

“Tujuannya adalah untuk memahami dengan lebih mendalam apa sebenarnya yang telah berlaku, serta mencari jalan bagi menambah baik kaedah sedia ada.

“KPM komited kepada usaha untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada semua pihak,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa kerana telah memberi kerjasama yang baik dalam berurusan dengan PPD.

“Yakinlah, kami akan terus berusaha untuk melakukan yang terbaik bagi memperkasakan pendidikan negara,”katanya.

Rentas7.com

 

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.