Sertai GTA satu kesilapan besar

Datuk Mustaffa Idrus

KUALA LUMPUR– Datuk Mustaffa Idrus menyifatkan perjuangan bekas partinya, PUTRA bersama dengan Gerakan Tanah Air (GTA) sebagai satu kesilapan besar parti itu.

Mustaffa yang pernah bersama PUTRA serta mantan Pengerusi Perhubungan PUTRA Negeri Kedah dan Ahli Dewan Tertinggi PUTRA menyifatkan perletakkan jawatan Hamidah adalah tindakan tepat.

“Saya amat menyokong tindakan Datuk Hamidah keluar daripada PUTRA selepas mereka mengambil keputusan bersama GTA.

“Saya mengucapkan Tahniah di atas keputusannya meletakkan jawatannya didalam parti PUTRA Malaysia,”katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, bersama GTA yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad beerti memberikan ruang perpecahan besar kepada parti politik Melayu di negara ini.

“Tun Mahathir seorang yang pintar memutarkan kata-kata dalam memikat rakyat. Kita telah melihat permainannya selama ini.

“Tetapi sayang PUTRA sanggup menjadi pak turut dan menjadi orang suruhan kepada beliau,”katanya.

Namun kata Mustaffa berkata, beliau tidak pelik tindakan PUTRA bersama GTA kerana sedar bekas partinya itu kemungkinan besar mencari pengaruh.

“PUTRA kehilangan pengaruh selepas pemimpin -pemimpin berintergriti dalam parti itu meletakkan jawatan.

“PUTRA tidak akan diterima rakyat sekalipun mereka menyertai GTA. GTA hanyalah sebuah boneka politik,”katanya.

GTA, sebuah gagasan baharu disertai pertubuhan bukan politik (NGO) termasuk empat parti kompenan iaitu Pejuang,PUTRA, Berjasa dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman).

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.