KUALA LUMPUR -Jika ada pasukan yang akan menjulang Piala Dunia 2026 tetapi tidak diberikan harapan tinggi, Jepun adalah pasukannya.
Berbekalkan pemain-pemain berbakat, Jepun berada di kedudukan terbaik untuk mara ke pusingan kedua hasil seri 2-2 menentang Belanda dan kemenangan besar 4-0 ke atas Tunisia.
Jangkaan skuad ini akan muncul juara bukan berdasarkan keputusan terbaru semata-mata, tetapi kerana Jepun sudah lama membuktikan kemampuan mereka, khususnya dalam perlawanan persahabatan menentang pasukan-pasukan ternama.
Antara kemenangan mereka sebelum Piala Dunia 2026 ialah menewaskan England 1-0 pada 31 Mac 2026.Dalam sembilan perlawanan persahabatan terakhir, mereka tidak pernah tewas, hanya mencatatkan dua keputusan seri.
Rekod persiapan Jepun sebelum Piala Dunia 2026:
• 1-0 vs Serbia
• 2-1 vs Germany
• 2-1 vs Spain
• 1-1 vs Croatia
• 4-1 vs Germany
• 4-2 vs Türkiye
• 1-0 vs Scotland
• 1-0 vs England
• 1-0 vs Iceland
Jepun mantap di semua posisi kecuali di bahagian posisi penjaga gol. Zion Suzuki penjaga gol utama mereka adakalanya terperangkap dengan situasi gol tidak dijangka.
Di posisi-posisi lain, pemain Jepun mempunyai tahap kesefahaman yang tinggi antara pemain, selain kelebihan dari segi kelajuan, kawalan bola, kemahiran menggelecek dan stamina.
Semua elemen ini dibentuk dalam satu sistem permainan yang tersusun dan mungkin sukar ditandingi pasukan lain. Pemain Jepun seolah-olah menghafal setiap formasi serta menguasai gerakan-gerakan yang mampu menghasilkan gol tanpa mengira siapa lawan yang dihadapi.
Bagi RENTAS7, Jepun merupakan pilihan terbaik untuk menjuarai Piala Dunia 2026, manakala Maghribi dijangka mampu mara sekurang-kurangnya ke peringkat separuh akhir.
Jepun akan melengkapkan kemenangan mereka menentang Sweden pada esok sekaligus memacu pasukan pertama Asia layak ke pusingan kedua.
RENTAS7








Leave a Reply