Filipina ikat Vietnam, Indonesia dalam bahaya

Kedudukan semasa Kumpulan A Sukan SEA

KUALA LUMPUR-Filipina Bawah 23 tahun (B-23) menyukarkan Indonesia (B-23) untuk layak ke separuh akhir Sukan SEA 2021 selepas mengikat tuan rumah Vietnam 0-0 dalam perlawanan kedua Kumpulan A di Stadium Viet Tri malam ini.

Keputusan di luar jangkaan itu melonjakkan Filipina di tangga teratas Kumpulan A dengan empat mata, diikuti Vietnam di tempat kedua.

Indonesia yang tewas 3-0 kepada tuan rumah dalam perlawanan sulung berada di kedudukan keempat daripada lima pasukan sekaligus meletakkan dalam risiko tidak layak ke separuh akhir.

Filipina menang 4-0 ke atas Timor Leste pada perlawanan pertama.

Skuad Indonesia yang memburu pingat emas pada temasya kali ini sewajarnya  bimbang dengan prestasi semasa Filipina.

Keupayaan Filipina mengikat Vietnam di hadapan puluhan ribu tuan rumah memberikan isyarat bahawa lawan dalam situasi terbaik untuk mara ke pusingan kalah mati bersama pasukan pilihan Vietnam.

Setelah kecundang sebelum ini, Indonesia tiada pilihan melainkan menang dalam baki tiga lagi perlawanan menentang Timor Leste, Myanmar dan Filipina sambil perlu berharap Vietnam tewas mengejut kepada Myanmar atau Timor Leste.

Namun selain Filipina, Myanmar antara pasukan yang telah menjalankan persediaan rapi bagi kejohanan ini dan dilihat bersedia menghadapi pencabar mereka.

RENTAS7/FOTO: ASEAN FOOTBALL

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.