Pemuda Patani berhimpun demi Patani

Pemuda Patani berhimpun di Pantai Teluk Teluban kelmarin

PATANI-Kira-kira 15,000 pemuda Patani Darussalam berkumpul dalam Perhimpunan Melayu Raya 2022 pada hari raya ketiga Aidilfitri.

Himpunan bertema Pemuda Harapan Kedamaian terbesar itu dibuat di Pantai Teluban Saiburi.

Program bertujuan mengangkat kedaulatan Patani Darussalam itu mengumpulkan pemuda dari seluruh pelusok Kampung dari tiga wilayah selatan Thailand iaitu Narathiwat, Yala dan Patani.

Pelbagai bendera mewakili persatuan dan kampung dikibarkan oleh para pemuda.

Program dianjurkan Civil Society Assembly For Peace -CAP dan pemuda daerah.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.