Sedang menunggang laju, datang pula…

PAHANG- Sepasang suami isteri mengalami kecederaan apabila motosikal berkuasa tinggi dinaiki bertembung dengan sekumpulan lembu yang melintas jalan secara tiba-tiba, di Sungai Koyan, hari ini.

Jurucakap polis berkata, pihak polis menerima maklumat awam berhubung kejadian pada 12.10 tengah hari.

Menurutnya, bertindak atas maklumat, pihaknya segera ke tempat kejadian dan mendapati sebuah motosikal jenis Modenas Dominar400 terlibat kemalangan.

“Penunggang seorang lelaki bersama isterinya dalam perjalanan dari Cameron Highland menuju ke Port Klang,”katanya.

Penunggang terbabit dibantu orang ramai

Katanya, ketika kejadian mangsa tidak sempat membrek dan mengelak sekumpulan lembu yang tiba-tiba melintas sebelum terbabas dan tercampak ke dalam longkang.

“Mangsa dan isterinya mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar ke Klinik Sungai Koyan untuk mendapatkan rawatan. Keadaan mereka baik dan terkawal,”katanya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.