ISLAMABAD– Ulama tersohor Pakistan maut dibunuh penyerang tidak dikenali selepas solat Jumaat hari ini.
Sheikh Sami Ul Haq Sheik Abdul Haq,83, dipercayai ditikam dengan pisau ketika sedang berehat di rumahnya di ibu kota negara itu.
Seorang anak murid tokoh itu berkata, ulama itu begitu disayangi dan dihormati di Pakistan dan seluruh dunia.
Menurutnya, hanya ulama itu berada di rumahnya ketika kejadian.
Â
“Waallahualam, tidak tahu siapa bunuh. Beliau sangat dihormati.
“Ketika kejadian, pemandunya keluar membeli barang dan hanya mengetahui perkara itu selepas pulang ke rumah,”katanya
Katanya, Syeikh Sami Ul Haq ibarat ayah mereka.
SUMBER: Rentas7
5