Ranking Harimau Malaya kekal

KUALA LUMPUR– Ranking skuad negara kekal di kedudukan 154 dunia dalam kemas kini terbaru Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA), semalam.

Kemas kini FIFA pada 28 November lalu menyaksikan Malaysia berada di kedudukan yang sama.

Bagaimanapun kedudukan terkini itu meletakkan Malaysia di kedudukan lebih baik berbanding di ranking 167 dunia pada kemas kini FIFA Februari lalu.

Sepanjang tahun ini Malaysia telah mengharungi 13 perlawanan merangkumi Piala Airmarine, perlawanan persahabatan serta pusingan pertama dan kedua kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Asia 2023.

Malaysia mengumpul 31 jaringan dan 11 bolos hasil sembilan menang dan empat tewas bagi kesemua perlawanan ditempuh.

Rentas7.com

 

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.