Kedah lepas peluang pintas JDT

ALOR SETAR-Kedah FC terlepas peluang memintas JDT di carta Liga Super 2021 apabila tewas 2-1 di Stadium Darul Aman malam ini.

Kedah yang turun dengan misi memburu tiga mata berharga bagi perlawanan kelapan liga terlebih dahulu di depan hasil jaringan sendiri pemain Terengganu FC pada minit ke-40.

Bagaimanapun Terengganu menyamakan kedudukan melalui sepakan panalti pada minit ke-45.

Pasukan pelawat menambah gol kedua pada minit ke -60 melalui rembatan kencang Azam Azmi selepas menerima hantaran daripada rakan sepasukan.

Kekalahan itu bagaimanapun tidak menjejaskan kedudukan Kedah dengan 16 mata di tangga kedua.

Terengganu yang berkelebihan satu perlawanan memintas Penang FC di tempat ketiga dengan 15 mata.

JDT yang hanya dibezakan satu mata dengan Kedah tidak bermain malam, pasukan itu bakal menentang PJ City malam esok.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.