Malaysia B-22 benam Kedah

Malaysia memperoleh dua gol pada perlawanan persahabatan petang tadi

KUALA LUMPUR-Malaysia Bawah 22 tahun (B-22) meraih kemenangan moral menjelang aksi Kelayakan Piala Asia Bawah 23 tahun (B-23) 2022 di Mongolia selepas menumpaskan skuad Kedah 2-0 petang tadi.

Perlawanan persahabatan di antara kedua-dua pasukan itu berlangsung di Arena MBSJ, USJ 5, Subang Jaya.

Malaysia B-22 memperoleh gol pada babak pertama dan kedua menerusi Ahmad Zikri Khalili pada minit ke-28 dan Azfar Fikri Azhar pada masa tambahan selepas tamat tempoh 90 minit masa permainan.

Aksi Kelayakan Piala Asia B-23 2022 akan bermula 27 Oktober ini.

Malaysia diundi dalam Kumpulan J bersama Thailand, tuan rumah Mangolia dan Loas.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.