PUTRA letak calon di kerusi MB Kedah

Mustaffa Idrus

KUALA LUMPUR– Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) Kedah mengumumkan peletakan calon di kerusi DUN Jeneri yang kini disandang Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.

Pengerusi Perhubungan PUTRA Kedah, Datuk Mustaffa Idrus berkata, perkara itu telah dimuktamadkan PUTRA Kedah.

“PUTRA akan meletakkan calon bertanding di DUN Jeneri. Ini beerti kita akan bertanding di kerusi Menteri Besar Kedah yang ada ketika ini.

“Calon yang telah kita persetujui adalah Setiausaha PUTRA Kedah, Syed Hairoul Syed Ali,” katanya kepada pemberita ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira beberapa faktor sesuai dengan keadaan semasa politik.

Dalam pada itu, Mustaffa berkata, PUTRA akan terus memberikan kefahaman kepada pengundi tentang kewujudan parti itu.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.