Malaysia lebih layak ke Piala Asia B-23

KUALA LUMPUR-Skuad Bawah 22 tahun (B-22) layak secara merit ke Piala Asia B-23 di Uzbekistan tahun depan setelah muncul juara Kumpulan J Kelayakan Piala Asia B-23 2022.

Keputusan itu dicipta setelah Malaysia seri 0-0 menentang Thailand di Stadium MFF Ulaanbaatar Mongolia hari ini.

Kedua-dua pasukan bermain dengan baik bagi mencabar slot automotik ke Piala Asia tahun depan namun kualiti permainan yang ada pada Malaysia memastikan skuad negara lebih layak sebagai juara Kumpulan J.

Malaysia mengumpul 7 mata hasil kemenangan ke atas Loas dan Mongolia 1-0 dan seri 0-0 hari ini.

Manakala Thailand muncul naib juara Kumpulan J dengan mengumpul lima mata.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.