Perlu lebih ramai Asri Jangggut untuk kebaikan negara

Datuk Mustaffa Idrus

SUNGAI PETANI-Perlu lebih ramai individu yang berani seperti Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid,42, untuk kebaikan kepada negara.

Persatuan Angkatan Melayu Negeri Kedah (PAMM) Datuk Mustaffa Idrus berkata, keberanian yang ada pada Mohd Asri atau dikenali Asri Janggut perlu dicontohi ramai.

“Jika tanya saya apakah tindakan (viral kes jenayah) oleh Asri itu betul, saya akan jawab perlu lebih ramai insan sepertinya bagi selamatkan Malaysia daripada pelbagai jenayah.

“Saya fikir kita perlu memanfaatkan kuasa viral bagi membantu pasukan keselamatan mencegah jenayah,”katanya semalam.

Beliau berkata, pihak berkuasa dinasihati lebih terbuka dalam menerima pendedahan jenayah oleh masyarakat meskipun melalui gambar atau video yang ditularkan.

“Jangan anggap mereka musuh, sebaliknya ambillah pendekatan berkawan. Itu baru profesional.

“Buat apa bergaduh jika apa ditularkan itu bawa kebaikan kepada bangsa, negara dan agama,”katanya.

Mustafa berkata, kerajaan juga dituntut mengambil tindakan segera kepada anggota keselamatan yang melindungi penjenayah.

Artikel berkaitan:

http://rentas7.com/macam-mana-polis-sungai-buloh-tak-tahu-asri/

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.