Daerah lain catat penurunan, Kulim masih tinggi

ALOR SETAR– Kulim masih mencatatkan jumlah kes positif COVID-19 yang tinggi walaupun bilangan kes di daerah lain semakin menurun.

Kulim mencatatkan 31 kes pada hari ini, tertinggi selepas daerah Kuala Muda iaitu 26 kes.

Bagaimanapun,15 kes di Sungai Petani tidak melibatkan komuniti tetapi dikesan daripada saringan kemasukan penjara transit Sungai Petani.

Tiga daerah lagi semakin pulih apabila hanya mencatatkan di bawah paras lima kes, iaitu membabitkan Alor Setar, Yan dan Baling.

Secara keseluruhan sebanyak 64 kes dilaporkan di Kedah hari ini yang melibatkan sembilan Kluster Beringin, Kluster Keladi Saga (6), Kluster Kupang (1), Kluster Mayang Pasir (4), saringan kontak rapat (21), saringan bergejala (5) dan 18 kes bagi lain-lain.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.