“Macam mana Polis Sungai Buloh tak tahu?- Asri

Mohd Asri

KUALA LUMPUR-Pemilik Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid,42, mempersoal bagaimana polis tidak mengetahui kewujudan kedai mesin judi di  kawasan Sungai Buloh.

Menurutnya, isu itu bukan perkara yang baru tetapi telah lama berlaku.

“Benda ini bukan baru, masalah mesin judi ini bukan benda baru, kita 20 tahun lalu kita sudah dapat.

“Semua orang tahu karekter kedai mesin judi itu bagaimana. Macam mana Polis Sungai Buloh tidak tahu?,”katanya dalam temubual ekslusif disiarkan Malakat Tribune hari ini.

Menurutnya, banyak premis haram dibiarkan beroperasi.

“Bukan satu, bukan dua, bukan tiga, bukan empat, banyak.

“Itu yang saya cerita Bandar Baru Sungai Buloh saja, yang saya tahu enam yang depan mata saya, yang saya pergi pejabat balik nampak depan mata,”katanya.

Beliau berkata, kedai mesin judi berkenaan juga masih beroperasi sehingga lewat pagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

“Sewaktu zaman PKP, masa tu semua orang susah semua orang tak boleh keluar rumah, apabila kerajaan bagi saja kelonggaran kepada kita keluar rumah, boleh buat berniaga, boleh rentas negeri, tetapi perniagaan hanya sampai jam 10 malam.

“Pada masa tu, saya nampak dengan mata yang jelas, kedai-kedai mesin itu masih beroperasi sampai pukul satu, sampai pukul dua sampai pukul tiga (pagi),”katanya.

Mohd Asri berkata, setiap dakwaannya mempunyai bukti yang kukuh melalui rakaman video.

Menurutnya, laporan berhubung kes berkenaan juga telah dilaporkan kepada ke peringkat tertinggi iaitu ke Bahagian Siasatan Jenayah, Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman namun kedai judi berkenaan hanya tutup selama dua hari.

Walaupun terus menghantar maklumat lanjut katanya, kedai tersebut namun masalah masih tidak selesai.

“Saya nak pergi ke mana lagi, saya nak mengadu dekat siapa lagi masalah benda ini? Ini masalah perjudian Bukit Aman,”katanya dengan kesal.

Terdahulu, Mohd Asri mendedahkan kegiatan premis mesin judi dan aktiviti penjualan rokok seludup dan operasi perniagaan haram dalam kalangan warga asing.

Pendedahan itu dibuat menerusi siaran langsung di Facebook Hot Burger Malaysia.

Bagaimanapun Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar menyifatkan pendedahan itu sebagai tohmahan.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.