Perlis kubu terkuat PAS PRU-15

ARAU-Perlis dikenal pasti sebagai kubu terkuat PAS pada PRU-15.

Ketua Pemuda PAS, Ir Khairil Nizam berkata, Perlis walaupun kecil tetapi melahirkan sosok pimpinan tertinggi dalam PAS iaitu Tuan Guru Mursyidul Am, Hashim Jasin.

“Insya Allah negeri ini juga bakal menjadi antara negeri terkuat PAS pada PRU-15 akan datang.

“Saya tekankan agar anak muda mestilah memanfaatkan sepenuhnya setiap platform yang ada termasuk media sosial dalam memperkenalkan PAS kepada rakyat Perlis. Terutamanya anak muda,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, keupayaan PAS dalam mengukuhkan Perikatan Nasional di peringkat Persekutuan membuktikan PAS mampu merealisasikan hasrat itu.

Terdahulu, Khairil hadir Himpunan Jentera Pilihan Raya Pemuda PAS Perlis Peringkat Negeri di SRI Al-Furqan, semalam.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.