Tarikh temu duga bagi Graduan Lepasan Universiti Awam (UA) kelahiran Negeri Sabah dan Sarawak

KUALA LUMPUR-Urusan temu duga bagi Graduan Lepasan Universiti Awam (UA) kelahiran Negeri Sabah dan Sarawak untuk pengambilan tahun 2020 akan diadakan sebelum hujung April tahun ini.

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dalam kenyataan berkata, perkara itu bergantung kepada graduan yang telah mendapat kelulusan Senat
Universiti atau bergraduasi sebelum atau pada 18 Ogos 2020.

“Merujuk kepada Kenyataan Media yang dikeluarkan pada 14 Januari 2021, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) ingin memaklumkan bahawa urusan temu duga bagi Graduan Lepasan Universiti Awam (UA) kelahiran Negeri Sabah dan Sarawak untuk pengambilan tahun 2020 akan diadakan selewat-lewatnya pada minggu ketiga bulan April 2021.

“Bagi tujuan ini, hanya graduan yang telah mendapat kelulusan Senat Universiti atau bergraduasi sebelum atau pada 18 Ogos 2020 sahaja akan dipanggil untuk urusan temu duga,”katanya hari ini.

Kenyataan berkata, bagi semua graduan yang bergraduasi selepas tarikh tersebut pula akan dipertimbangkan untuk
pengambilan tahun 2021.

“Kaedah temu duga akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

“Sehubungan itu, SPP menyarankan calon-calon yang terlibat agar
bersedia dan sentiasa melayari laman sesawang dan platform media
sosial rasmi SPP bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan urusan
temu duga tersebut,”katanya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.