Annuar Musa tuntut UMNO, Bersatu, PAS utamakan perpaduan Melayu

Tan Sri Annuar Musa

KUALA LUMPUR– Umno, PAS dan Bersatu bertanggungjawab memperkukuhkan perpaduan Melayu kata Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata, memperkuatkan perpaduan Melayu ialah asas kepada kestabilan politik negara.

“Politik negara perlu distabilkan dan keutamaan mesti ditumpukan menyelamatkan nyawa rakyat dan mengekang pandemik COVID-19.

“Memulihkan ekonomi negara, meringankan beban hidup rakyat serta menjadikan Malaysia sebuah negara berjaya. Bukan negara yang gagal atas apa jua sebab,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, bukan satu kesalahan UMNO, Bersatu dan PAS kembali ke “drawing board” politik agar kita dapat melakar sesuatu yg lebih baik untuk negara.

“Untuk itu kita perlu tenang, banyak berfikir dan bijak bertindak. Jangan emosi mendorong kita untuk tidak memikirkan keburukan yg boleh menimpa rakyat dan negara kita,”katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, UMNO dan BN berhak menyemak kedudukannya dalam Perikatan Nasional (PN).

“Tidak mustahil melalui semakan itu kerajaan PN itu boleh diperkasakan lagi menerusi Maufakat yang lebih tersusun dan bersefahaman.

“Saya berpandangan kita perlukan kebijaksanaan dlm semua tindakan.Dahulukan kepentingan rakyat,”katanya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.